October 31, 2012

Pasangan Kekasih Bunuh Anak Dihukum Gantung


Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang mekanik dan teman wanitanya selepas didapati bersalah membunuh anak wanita itu yang berusia tiga tahun 10 bulan tahun lalu.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu terhadap Tan Peng Tong, 29, dan Wong Mei Ting, 26, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Peng Tong dan Mei Ting didakwa membunuh Jasmine Lee Siew Hui, 3, di rumah No. D-3-15, Blok D, Tingkat 3, Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang, Serdang dekat sini antara 12 tengah malam, 1 Mac 2010 dan 7.50 pagi, 14 Mac tahun sama.

No comments:

Post a Comment