November 02, 2012

Tanam Anak Belakang Rumah


Sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menanam anak kelima yang meninggal dunia selepas 10 hari dilahirkan di dalam lubang di belakang rumah mereka di kawasan setinggan di Jinjang Utara, di sini, tengah hari semalam.
Kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu disedari seorang jiran pasangan terbabit selepas bapa bayi berkenaan datang meminjam cangkul dengan alasan untuk menanam uri bayinya yang baru dilahirkan.
Jiran pasangan itu, Mohd Ashaari Ulong, 56, berkata dia mengesyaki sesuatu dengan tindakan jirannya itu kerana tiba-tiba ingin meminjam cangkul dan menanam uri sedangkan bayinya lahir sejak 10 hari lalu.
“Pada masa sama, dia tidak pernah mendengar tangisan bayi dari rumah jirannya itu walaupun tahu isteri jirannya sudah melahirkan anak,” katanya ketika ditemui, semalam.
Katanya, berikutan rasa was-was itu, dia enggan meminjamkan cangkul.
“Saya meminta anak buah saya meninjau kawasan rumah lelaki itu sebelum dimaklumkan ada kesan timbusan tanah di belakang rumah terbabit.
“Mungkin ada sesuatu ditanam, saya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan polis tiba untuk membuat siasatan. Saya terkejut apabila polis menemui mayat bayi lelaki ditanam dalam lubang berkenaan,” katanya.
Sementara itu, menurut sumber, bayi lelaki itu ditemui dalam lubang yang baru digali di belakang rumah suspek yang juga ibu bapa bayi berkenaan.
Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Berikutan itu, pasangan terbabit berusia 40-an yang ada kaitan dengan kejadian itu ditahan untuk siasatan lanjut. Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad yang dihubungi mengesahkan kejadian itu. Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini, polis sudah menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan,” katanya.

Bakar Rumah Guru Kerana Cemburu


MOHD. NOR (kiri) menunjukkan sampul surat berisi kelongsong peluru dan sisa tayar yang dibakar di rumah seorang guru tuisyen di Mentakab pada sidang akhbar di Temerloh semalam.

Akibat cemburu terhadap seorang guru tuisyen, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun sanggup melakukan ugutan bunuh dengan menghantar kelongsong peluru dan cuba membakar kediaman guru itu di Mentakab dekat sini dalam kejadian Isnin lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor, rumah yang menjadi pusat tuisyen itu adalah lokasi di mana teman wanitanya yang berusia 17 belajar dengan guru berkenaan yang juga berusia 19 tahun.

“Ketika kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, suspek dipercayai membakar tayar kereta yang dibawanya sehingga menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian tangga dan merosakkan suis elektrik utama rumah tersebut.
“Guru itu kemudian menghubungi bomba dan selepas kebakaran berjaya dipadamkan, dia nampak tulisan Cina yang ditulis pada kertas A4 yang diletakkan pada cermin keretanya.
“Tulisan yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu bermaksud: “Saya harap kamu masih hidup dan bernasib baik dapat jumpa keluarga kamu” dan satu lagi tulisan Cina yang ditulis melintang bermaksud ‘mati’,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

November 01, 2012

Justin Timberlake and Jessica Biel are Married!

Wedding photos ~

Jessica Biel and Justin Timberlake at their wedding

justin timberlake jessica biel wedding




Isteri Jual Gambar Bogel untuk Hidup Mewah


KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.
Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.
Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.
KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.
“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.

Isteri Henyak Kepala Suami


Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.
Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berkenaan mengajak suaminya untuk membeli baju raya.

“Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir,” katanya.
Sumber berkata, wanita itu tidak berputus asa sebaliknya terus memujuk suaminya itu untuk membawanya ke pusat beli-belah.

Padah Ganggu Isteri Orang


Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya itu.
Dalam kejadian 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat sini.
Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian.

“Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi.
“Wanita itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan jelas suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju.
“Terperanjat dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit sekuat hati dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran,” katanya.
Jelasnya, panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri dan akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen Harmoni, Zahabu Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT turun ke lokasi dan melihat warga Afrika sudah tidak bermaya.
“Kami serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai,” katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Aftermath of Superstorm Sandy

North Carolina




Manhattan




South Ferry Station, Manhattan




East Village, Manhattan




West Village, Manhattan




East Village at Avenue C, Manhattan




Battery Park




Belmar, New Jersey




Seaside Heights, New Jersey




White Hall Subway Station at New York City




North Wildwood, New Jersey





West Wildwood, New Jersey




Long Island, New York




Stonybrook, Long Island, New York




Michigan




New York City




Dumbo, Brooklyn





Dumbo, Brooklyn



Toronto, Canada



Staten Island



West Virginia



Fort Greene Park, Brooklyn



Staten Island



Damaged Space Shuttle Enterprise



Fort Greene, Brooklyn