June 26, 2011

Kasih ibu sampai ke mati...

"NURSE... boleh tengok bayi saya..." ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersemyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambutnya dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertenang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengah hari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat..." katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.
Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Dua tahun berlalu...
"Anakku... kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi... dia mahu dirinya dirahsiakan..." kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru - kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya" kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah masanya akan tiba". "Bila" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku", jawab si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan itu terus kekal dan menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping teinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tiada siapa tetapi pernah mengatakan ibumu cacat, pada ayah dia satu-satu wanita yang paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah siapa pun kenalannya".

♥Kecantikan seorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.♥


-Petikan dari Majalah Mastika Mac 2003-

June 24, 2011

Cupcakes!

Finger licking cupcakes! ...yummy...









For those who would like to order please comment on this post.

June 08, 2011

Tokay Gecko (Pokke)

Tokay Gecko also known as Pokke in some parts of Southeast Asia is the second largest of Gecko species.

According to the website: http://www.tokaygeckos.org/ Tokay Geckos can be made into drugs and medication for treatment of HIV infection.

Below I have attached a few pictures of Tokay Gecko (Pokke). For those who are interested to purchase or need more information please feel free to comment and I will get back to you as soon as possible.











June 03, 2011